Saturday, April 21, 2012

Reban Ayam

Semalam, aku dan suami ke kedai menjual binatang ternakan dan membeli 10 ekor anak ayam kampung yang berusia dua minggu.  Harga seekor tidaklah mahal.  Cuma ketika membeli itu, setelah menyeluk saku, kami cuma mampu membeli 10 ekor dahulu untuk modal permulaan.  Akan menyusul lagi.  Inilah pengalaman pertama aku dan anak-anak melihat anak-anak ayam comel pelbagai warna di depan mata.  Ah...rasa macam bermimpi tetapi itulah kenyataannya. 

Anak-anakku tidak pernah mengalami pengalaman memegang anak-anak ayam ni, jadi macam gayat.  Dahulu bapa mertuaku ada juga memelihara ayam kampung, selepas ayam-ayamnya ditimpa penyakit, tiada lagi ayam kampung yang dipelihara.  Maka setiap kali balik ke kampung, tiada lagi kokokan ayam kedengaran, yang ada cuma riuh anak-anak menonton siaran televisyen sahaja.  Sesekali anak-anakku dan sepupu mereka ke belakang rumah nenek bermain buaian yang digantung di dahan pohon.  Jika musim gasing, maka bermain gasinglah mereka atau layang-layang.

Reban ayam sudah siap.  Anak-anak ayam sudah penat seharian menanti tuannya membina sebuah rumah baru setelah berpindah dari rumah lama.  Nampaknya 10 ekor anak ayam ini berasa beruntung kerana punya tuan baru yang menyanyanginya.

Selamat malam.

No comments:

Post a Comment