Thursday, August 23, 2012

Resepi Pilihan

Hari ini adalah hari raya yang keenam.  Cukup pantas detik jam itu memutarkan waktu.  Saya percaya ramai yang pening kepala memikirkan apakah makanan pilihan yang  sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari ini.  Memandangkan mood raya masih tinggi, maka masakan ala-ala rendang seperti rendang ayam atau daging masih sesuai dihidangkan dengan ketupat atau nasi putih.  Untuk menjadikan nasi yang kita masak berbau harum, anda boleh masukkan daun pandan semasa memasak nasi.  Pasti aromanya meningkatkan selera makan anda.

Tengah hari ini menu pilihan saya ialah masak tempoyak ikan patin dan kari tenggiri.
Selamat menjamu selera dan salam Jumaat. Moga hari ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik.