Tuesday, December 25, 2012

Hidup dan lukisan



Hidup umpama lukisan
lukisan seperti kehidupan
saling memberi dan menerima
aku melihat kasih sayang
aku merasa kehangatannya
setiap kali kudakap suami
setiap kali kudakap anak-anak
luluh setiap kesakitan
pergi jauh setiap kesedihan
kegembiraan mengambil alih
ruang yang bersisa terasa padat
tiada tempat untuk kesengsaraan
kerana hidup sangat indah
apabila kita mengerti.

Thursday, August 23, 2012

Resepi Pilihan

Hari ini adalah hari raya yang keenam.  Cukup pantas detik jam itu memutarkan waktu.  Saya percaya ramai yang pening kepala memikirkan apakah makanan pilihan yang  sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari ini.  Memandangkan mood raya masih tinggi, maka masakan ala-ala rendang seperti rendang ayam atau daging masih sesuai dihidangkan dengan ketupat atau nasi putih.  Untuk menjadikan nasi yang kita masak berbau harum, anda boleh masukkan daun pandan semasa memasak nasi.  Pasti aromanya meningkatkan selera makan anda.

Tengah hari ini menu pilihan saya ialah masak tempoyak ikan patin dan kari tenggiri.
Selamat menjamu selera dan salam Jumaat. Moga hari ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik.



Wednesday, June 13, 2012

Manuscript

Alhamdulillah after two consecutive weeks, day and night, yesterday afternoon I had completed my manuscript sample for Dewan Bahasa and Pustaka.  Thank you to my hubby and children for being so   understanding and supportintg and drove me to Kuala Lumpur to send that important manuscript..  Sometimes, things that impossible can be done if you yourself belief. 

Have a long journey to go. 
I pray that everybody dreams can come true.
Thank you for reading my journal.


Sunday, May 20, 2012

I Believe I Can Fly


Believe in yourself and you can do anything.

Sikap

Manusia punya sikap yang berbeza-beza.  Jika kita mahu mengetahui sikap seseorang dengan mudah, kita boleh menggunakan kaedah Sains Metafizik melalui kiraan tarikh lahir.  Untuk maju, dalam apa jua bidang, sebagai individu, kita seharusnya tahu akan kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri.  Dari sini, barulah kita boleh mengawal dan memastikan setiap apa yang kita lakukan, mengikut landasan yang lebih baik.  Jangan jadikan kelemahan sebagai kekurangan tetapi perbaikinya dan jangan jadikan kelebihan sebagai tiket untuk menjadi manusia yang lebih buruk. 

Fikir-fikirkan bersama.
Have a nice day.



Thursday, May 17, 2012

Goal Remain, Method Change

Goal remain, method change.
This is what I've learned from one of the motivation class that I had attended before. 

For those who has a dream, write your goal down on paper.  There is something quite incredible that happens between the brain and the hand.  I had done it once and it was amazing.  When you take a paper and pen and jot down your goal, you actually has activated the Laws of Expectation, Attraction and Correspondence simultaneously.

If you ever heard about this idea form anybody or from any of the motivation class, please do it because until you do it, then you will know the result.

Good luck and god nite friend.
Be simple but must be knowledgable.
Have a colourful day.

Star

REZEKI

Sebagai manusia, kita harus percaya dan yakin bahawa setiap sesuatu kemahuan dan kehendak hanya akan tercapai jika itu rezeki kita.

Wednesday, May 2, 2012

Mind Control Your Emotion




Everyone's journey to being positive and happy is a lifetime’s journey.  Along the way, there will be lots of fine tuning. You have to believe that you have the right to happiness, and without this belief you cannot and will not achieve happiness. So here is a melodious song that rest your mind peace.  Have a nice day. 


Konsep Syukur

Aku bersyukur kerana atas kerahmatan dan kebesaran-Nya, sebuah telefon tangan dapat kubelikan untuk anak ketiga yang hari lahirnya sudah beberapa hari berlalu.  Harganya tidak penting tetapi pemberian itu yang paling utama.  Anak lelakiku tersenyum sipu memegang plastik yang di dalamnya sebuah telefon bimbit. 
Alhamdulillah syukur kerana semakin aku menadah tangan berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta, semakin banyak rezeki yang diberikan ke atas diriku sekeluarga.  Anak-anak adalah si kecil yang punya hati nan ikhlas. Sekali terdetik sesuatu dalam hati mereka, cepat atau lambat, permintaan itu pasti akan tertunai.

Sunday, April 29, 2012

Pendapatan

Kehidupan adalah sangat mencabar.  Satu saat kita boleh berada di puncak, satu saat lagi kita sudah berada di bawah.  Kita tidak sedar bagaimana semua ini boleh berlaku.  Dalam hidup, berserah kepada takdir tidak membantu kita untuk bangkit membina hidup semula.

Sejak kebelakangan ini, banyak aktiviti sedang aku lakukan bersama suami.  Perniagaan kecil yang sedang dibina, juga kerja-kerja kreatif yang menunggu tidak berusik sedangkan deadline sudah menunggu, melayan keletah anak-anak dan mertua, semuanya sangat meletihkan tetapi memberikan aku suatu kepuasan yang optimum sehingga tidak tergambar oleh kata-kata. 

Tidak kira ketika kita berada di puncak atau ketika kita jatuh, kita harus sentiasa bersyukur.  Aku percaya segala yang didatangkan pasti ada hikmah yang hendak diberitahu kepada kita.  Aku bersyukur kerana hari ini aku dapat melakukan banyak perkara berbanding suatu waktu dahulu ketika aku masih bekerja makan gaji.

Baru-baru ini ketika aku, suami dan anak-anak ke satu pasaraya hypermarket, aku dapati pasaraya itu begitu sesak.  Bila kutanya kenapa?  Suamiku menjawab, orang sudah dapat gaji.  Setiap troli yang dibawa, penuh dengan pelbagai barangan keperluan harian.  Aku memandang ke sekeliling, nampaknya ramai yang tidak sabar-sabar mahu berbelanja setelah menerima pendapatan masing-masing. Jika dicongak dalam kepala, rasa-rasanya malam itu sahaja hypermarket itu boleh mengumpul pendapatan dari hasil jualan kira-kira RM700,000 atau kurang sedikit.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa elok, setiap daripada kita perlu bijak ketika mengagih-agihkan pendapatan yang diterima.  Jika kita bijak,pendapatan yang sedikit itu, boleh digandakan jika kena gayanya.  Walau bagaimanapun, tepuklah dada, tanyalah diri sendiri.  Ramai di antara kita segera mengagihkan pendapatan membayar liability sedangkan pendapatan yang diperoleh itu boleh dijadikan tiket untuk melihat peluang pelaburan yang menguntungkan dan boleh meningkatkan pendapatan sedia ada. 

Apa pun, setiap daripada kita perlu merancang perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan dalam keadaan ekonomi hari ini.  Nilai wang semakin menyusut.  Harga barang makin meningkat.  Bijak berbelanja dan buat keputusan secara bersama sekiranya kita sudah berumahtangga.  Insya-Allah rumahtangga lebih tenteram dan aman serta diberkati oleh Allah.

God nite.

Saturday, April 28, 2012

My son's birthday

Today is my son's birthday, Mohd Adli.  We were having a small birthday party at my mother in law house at Jasin.  A chocolate cake, made by my in-law was the one that has cheered him up this evening.  Fried mee, chicken sausage and french fries were the food that has been serving for the party.  Everybody seems happy.  My children have given his brother a small present and that has made him smiling.  I love the situation.  Though the party was so simple, but my hubby and I were so grateful.

Every time I stare at the tiny garden in-front of my mother in-law house, I feel like something is missing.  It has to do something.  I am planning to plan a variety of plan at the garden.  I hope I have enough time to do all the thing that I have planned.

God nite. 

Saturday, April 21, 2012

Reban Ayam

Semalam, aku dan suami ke kedai menjual binatang ternakan dan membeli 10 ekor anak ayam kampung yang berusia dua minggu.  Harga seekor tidaklah mahal.  Cuma ketika membeli itu, setelah menyeluk saku, kami cuma mampu membeli 10 ekor dahulu untuk modal permulaan.  Akan menyusul lagi.  Inilah pengalaman pertama aku dan anak-anak melihat anak-anak ayam comel pelbagai warna di depan mata.  Ah...rasa macam bermimpi tetapi itulah kenyataannya. 

Anak-anakku tidak pernah mengalami pengalaman memegang anak-anak ayam ni, jadi macam gayat.  Dahulu bapa mertuaku ada juga memelihara ayam kampung, selepas ayam-ayamnya ditimpa penyakit, tiada lagi ayam kampung yang dipelihara.  Maka setiap kali balik ke kampung, tiada lagi kokokan ayam kedengaran, yang ada cuma riuh anak-anak menonton siaran televisyen sahaja.  Sesekali anak-anakku dan sepupu mereka ke belakang rumah nenek bermain buaian yang digantung di dahan pohon.  Jika musim gasing, maka bermain gasinglah mereka atau layang-layang.

Reban ayam sudah siap.  Anak-anak ayam sudah penat seharian menanti tuannya membina sebuah rumah baru setelah berpindah dari rumah lama.  Nampaknya 10 ekor anak ayam ini berasa beruntung kerana punya tuan baru yang menyanyanginya.

Selamat malam.

Thursday, April 19, 2012

Harta Pusaka

Urusan harta pusaka arwah mak tidak berjalan lancar.  Rupa-rupanya, perkara yang disangkakan boleh diselesaikan dalam beberapa jam itu tidak boleh selesai.  Itulah pentingnya pengetahuan tentang urusan harta pusaka.  Ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang sering mengambil enteng akan perkara penting ini.  Meskipun harta yang ditinggalkan arwah tidak banyak, namun aku sepatutnya bertanggungjawab menguruskannya sejak arwah meninggal lapan tahun lalu.  Hari ini, bila kes ini hendak diselesaikan, ia membabitkan banyak keluarga termasuk bapa dan emak saudaraku.

Hari ini aku mendapat satu ilmu baru tentang urusan tanah pusaka iaitu jangan sekali-kali melambatkan urusan pembahagian harta pusaka kerana semakin lambat diuruskan, ia akan menjadi semakin rumit.  Pengalaman mengajar aku dan adik-beradik yang lain erti keadaan ini.

Al-Fatihah buat emak.

Selepas urusan harta pusaka arwah mak selesai, aku dan adik-beradik lain akan menyelesaikan hal harta pusaka arwah abah pula.

Al-Fatihah buat abah.

Wednesday, April 18, 2012

Sesuatu yang mampir dalam hidup kita sering datang ketika kita tidak pinta kehadirannya.  Sebaliknya sesuatu yang kita harapkan terjadi, tidak muncul-muncul meski setiap saat kita berdoa untuk itu.  Kenapa?  Saya pasti ramai yang tidak mengetahui kaedah untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah tanpa perlu berusaha bermati-matian.  Jika kita lihat ramai orang kaya di luar sana yang semakin hari semakin kaya.  Mereka tahu bagaimana cara menambah kekayaan sedia ada.  Petuanya mudah, apa sahaja yang kita hajatkan, fikiran dan qalbu kita hendaklah selari.  Baharulah hajat kita cepat sampai dan dimakbulkan.  Semoga kita semua mendapat hidayah daripada yang maha Esa.

Selamat berkarya untuk meningkatkan pengetahuan generasi hari ini.
Sesungguhnya ilmu itu tidak ternilai dan semakin banyak ilmu dipelajari, semakin tinggi darjah seseorang itu di mata DIA.



Tuesday, April 17, 2012

Achievement


It's Tuesday and we are now in mid April 2012.  Time passes by without giving us any signal to prepare for another good achievement in life. 

A quarter year has been left behind.  If you count what you have done in your life in a few months back, you might not see any achievement. 

If you are a businessman, three months is too short to achieve something in one’s business, if you are a writer, your maybe has done one or two chapters only and another 20 to 30 chapter to go might burden you with the deadline behind the corner, and it is truly true where people always think that when talk about success, it must be big. 

For me, love and care about your family, are also achievement in one’s life.  Ironing your husband and children’s cloth are also achievement, cooking your own recipe to your kids also achievement, surviving in daily life is also achievement, nevertheless, none of us realize about this.  Why? 

We never say thankful to all the gifts that had been given from Allah.  That is why, we should see life in a different side so that everything that happen in one’s life, is an achievement.

You can start from a tiny achievement beginning yourself, husband, children, family and close friends until you achieve a big achievement. 

Success is behind us.  Think about your dream.  Jot down in your own diary every day.  Think about it every time you go to sleep or wake up every morning.  Insya-Allah when your subconscious mind starts working, you will see some different things occur in your life. 

God nite dear.

Tuesday, April 3, 2012

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang





Aku adalah Dia
Dia adalah Aku
Suara hatiku
Tidak pernah sangsi
     Pasti
     Yakin
     Percaya
Hakikatnya
Mimpi Aku
Dan
Mimpi Dia
Adalah mimpi yang sama
Mahu menggapai bintang di langit

Hanita Hassan
03 April 2012


Wednesday, January 4, 2012

NOTE OF MY JOURNEY

It’s 1.06 am in the morning.  I was still seating on my chair, in-front of my lap-top and continuing my history’s novel.  The writing mood and enthusiasm have created emotion inside me and have pushing me ahead to grab the huge opportunity that will only come once in any one’s life time.  I was pleased and thankful to Allah the Almighty for HE has given me the creative  brain and ample space to continuing write and write in  different angle and for whatever reason also, I hope all kinds of writing that I have written will give a piece of light for anybody who really needed.    

The weather was unstable lately and sometimes rain dropped heavily but many other times it was too hot in my town of Melaka.  Hubby was watching documentary and preparing children’s book for schooling day this morning.  Adib, Adli and Adam have drowned in their fantasy about three hours ago.  Children will start their school today.  However, my one and only princess have begun her hostel life yesterday.  First time ever, split with my daughter, looking at myself, staring at the corner of her room, thinking of her at this time, feeling of missing someone who I love most, she is Nur Adibah binti Ramly.  As the only daughter I have, I hope she will get thru all the consequences that come during her orientation day.

The very basic thing to start writing is to write one’s daily journal every day without fail. Write whatever thing those cross in your mind.  Write about your anger, dreams, ambition, your routine, schooling, campus life, love, societies, politic and human interest and many more topics.  I think everyone out there who has the intention to be a writer should do the same thing.  Have a good journey writer.