Thursday, April 19, 2012

Harta Pusaka

Urusan harta pusaka arwah mak tidak berjalan lancar.  Rupa-rupanya, perkara yang disangkakan boleh diselesaikan dalam beberapa jam itu tidak boleh selesai.  Itulah pentingnya pengetahuan tentang urusan harta pusaka.  Ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang sering mengambil enteng akan perkara penting ini.  Meskipun harta yang ditinggalkan arwah tidak banyak, namun aku sepatutnya bertanggungjawab menguruskannya sejak arwah meninggal lapan tahun lalu.  Hari ini, bila kes ini hendak diselesaikan, ia membabitkan banyak keluarga termasuk bapa dan emak saudaraku.

Hari ini aku mendapat satu ilmu baru tentang urusan tanah pusaka iaitu jangan sekali-kali melambatkan urusan pembahagian harta pusaka kerana semakin lambat diuruskan, ia akan menjadi semakin rumit.  Pengalaman mengajar aku dan adik-beradik yang lain erti keadaan ini.

Al-Fatihah buat emak.

Selepas urusan harta pusaka arwah mak selesai, aku dan adik-beradik lain akan menyelesaikan hal harta pusaka arwah abah pula.

Al-Fatihah buat abah.

No comments:

Post a Comment