Manusia punya sikap yang berbeza-beza. Jika kita mahu mengetahui sikap seseorang dengan mudah, kita boleh menggunakan kaedah Sains Metafizik melalui kiraan tarikh lahir. Untuk maju, dalam apa jua bidang, sebagai individu, kita seharusnya tahu akan kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Dari sini, barulah kita boleh mengawal dan memastikan setiap apa yang kita lakukan, mengikut landasan yang lebih baik. Jangan jadikan kelemahan sebagai kekurangan tetapi perbaikinya dan jangan jadikan kelebihan sebagai tiket untuk menjadi manusia yang lebih buruk.
Fikir-fikirkan bersama.
Have a nice day.
Sunday, May 20, 2012
Thursday, May 17, 2012
Goal Remain, Method Change
Goal remain, method change.
This is what I've learned from one of the motivation class that I had attended before.
For those who has a dream, write your goal down on paper. There is something quite incredible that happens between the brain and the hand. I had done it once and it was amazing. When you take a paper and pen and jot down your goal, you actually has activated the Laws of Expectation, Attraction and Correspondence simultaneously.
If you ever heard about this idea form anybody or from any of the motivation class, please do it because until you do it, then you will know the result.
Good luck and god nite friend.
Be simple but must be knowledgable.
Have a colourful day.

REZEKI
Sebagai manusia, kita harus percaya dan yakin bahawa setiap sesuatu kemahuan dan kehendak hanya akan tercapai jika itu rezeki kita.
Wednesday, May 2, 2012
Mind Control Your Emotion
Everyone's journey to being positive and happy is a lifetime’s journey. Along the way, there will be lots of fine tuning. You have to believe that you have the right to happiness, and without this belief you cannot and will not achieve happiness. So here is a melodious song that rest your mind peace. Have a nice day.
Konsep Syukur
Aku bersyukur kerana atas kerahmatan dan kebesaran-Nya, sebuah telefon tangan dapat kubelikan untuk anak ketiga yang hari lahirnya sudah beberapa hari berlalu. Harganya tidak penting tetapi pemberian itu yang paling utama. Anak lelakiku tersenyum sipu memegang plastik yang di dalamnya sebuah telefon bimbit.
Alhamdulillah syukur kerana semakin aku menadah tangan berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta, semakin banyak rezeki yang diberikan ke atas diriku sekeluarga. Anak-anak adalah si kecil yang punya hati nan ikhlas. Sekali terdetik sesuatu dalam hati mereka, cepat atau lambat, permintaan itu pasti akan tertunai.
Sunday, April 29, 2012
Pendapatan
Kehidupan adalah sangat mencabar. Satu saat kita boleh berada di puncak, satu saat lagi kita sudah berada di bawah. Kita tidak sedar bagaimana semua ini boleh berlaku. Dalam hidup, berserah kepada takdir tidak membantu kita untuk bangkit membina hidup semula.
Sejak kebelakangan ini, banyak aktiviti sedang aku lakukan bersama suami. Perniagaan kecil yang sedang dibina, juga kerja-kerja kreatif yang menunggu tidak berusik sedangkan deadline sudah menunggu, melayan keletah anak-anak dan mertua, semuanya sangat meletihkan tetapi memberikan aku suatu kepuasan yang optimum sehingga tidak tergambar oleh kata-kata.
Tidak kira ketika kita berada di puncak atau ketika kita jatuh, kita harus sentiasa bersyukur. Aku percaya segala yang didatangkan pasti ada hikmah yang hendak diberitahu kepada kita. Aku bersyukur kerana hari ini aku dapat melakukan banyak perkara berbanding suatu waktu dahulu ketika aku masih bekerja makan gaji.
Baru-baru ini ketika aku, suami dan anak-anak ke satu pasaraya hypermarket, aku dapati pasaraya itu begitu sesak. Bila kutanya kenapa? Suamiku menjawab, orang sudah dapat gaji. Setiap troli yang dibawa, penuh dengan pelbagai barangan keperluan harian. Aku memandang ke sekeliling, nampaknya ramai yang tidak sabar-sabar mahu berbelanja setelah menerima pendapatan masing-masing. Jika dicongak dalam kepala, rasa-rasanya malam itu sahaja hypermarket itu boleh mengumpul pendapatan dari hasil jualan kira-kira RM700,000 atau kurang sedikit.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa elok, setiap daripada kita perlu bijak ketika mengagih-agihkan pendapatan yang diterima. Jika kita bijak,pendapatan yang sedikit itu, boleh digandakan jika kena gayanya. Walau bagaimanapun, tepuklah dada, tanyalah diri sendiri. Ramai di antara kita segera mengagihkan pendapatan membayar liability sedangkan pendapatan yang diperoleh itu boleh dijadikan tiket untuk melihat peluang pelaburan yang menguntungkan dan boleh meningkatkan pendapatan sedia ada.
Apa pun, setiap daripada kita perlu merancang perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan dalam keadaan ekonomi hari ini. Nilai wang semakin menyusut. Harga barang makin meningkat. Bijak berbelanja dan buat keputusan secara bersama sekiranya kita sudah berumahtangga. Insya-Allah rumahtangga lebih tenteram dan aman serta diberkati oleh Allah.
God nite.

Subscribe to:
Posts (Atom)