Wednesday, May 2, 2012

Konsep Syukur

Aku bersyukur kerana atas kerahmatan dan kebesaran-Nya, sebuah telefon tangan dapat kubelikan untuk anak ketiga yang hari lahirnya sudah beberapa hari berlalu.  Harganya tidak penting tetapi pemberian itu yang paling utama.  Anak lelakiku tersenyum sipu memegang plastik yang di dalamnya sebuah telefon bimbit. 
Alhamdulillah syukur kerana semakin aku menadah tangan berterima kasih kepada Yang Maha Pencipta, semakin banyak rezeki yang diberikan ke atas diriku sekeluarga.  Anak-anak adalah si kecil yang punya hati nan ikhlas. Sekali terdetik sesuatu dalam hati mereka, cepat atau lambat, permintaan itu pasti akan tertunai.

No comments:

Post a Comment